LOGO KOLEJ DUA BELAS

CREST KOLEJ DUA BELAS

Crest kolej yang ringkas berasaskan kepada Universiti Putra Malaysia yang melambangkan tradisi, falsafah, dan visi baru kolej. Asas crest terbina daripada membentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan keteguhan prinsip, kemantapan, dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.
Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen kolej untuk memelihara alam sekitar. Air juga merupakan asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah asas untuk mencapai kemajuan dalam kehidupan manusia.
Garisan-garisan kecil melambangkan ciri kolej pada abad ke-21 yang berteraskan kemajuan teknologi dan multimedia. Selain itu, garis membawa maksud misi utama Kolej Dua Belas iaitu menyediakan platform yang merangsang ke arah pembangunan akademik, sosial, emosi, dan fizikal pelajar.
Buku melambangkan keunggulan kolej sebagai gapura yang menjunjung, menjana, dan meneroka ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.
BENDERA KOLEJ DUA BELAS

4 warna yang terdapat pada bendera kolej 12:
- Merah - melambangkan kebenaran dalam menimba ilmu, pengetahuan, dan berani menghadapi cabaran, serta sanggup berjuang.
- Hitam - melambangkan perjuangan untuk mencapai kejayaan dan ia biasanya digunakan sebagai warna latar belakang.
- Putih - melambangkan keikhlasan dalam melakukan sesuatu dan ikhlas berkorban masa dan tenaga untuk berkhidmat kepada kolej, universiti, agama, dan Negara.
- Kuning - melambangkan keharmonian dalam hubungan di antara warga kolej.
| < Prev | Next > |
|---|



