Laman Web Rasmi Kolej Dua Belas, UPM

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Sejarah Ringkas

PDF

Kolej Dua Belas Universiti Putra Malaysia telah dibuka pada Mei tahun 2000, seiring dengan pembukaan Kolej Empat Belas. Pada mulanya penginapan hanya dibuka untuk mahasiswi sahaja. Namun kemudian, kolej ini mula dibuka untuk penginapan mahasiswa juga.

Penyelenggaraan kemudahan (amenities) di Kolej Dua Belas diletakkan di bawah tanggungjawab PJS Development atas dasar B.O.T. (Build-Operate-Transfer). Dasar ini menyatakan bahawa pihak PJS Development (atau lebih dikenali dengan PJSD) akan membina satu kawasan penempatan baru di Universiti Putra Malaysia dan kemudian mengawal-selia segala kebajikan bangunan selama 25 tahun. Setelah tamat tempoh tersebut, PJSD akan menyerahkan kesemua hak penjagaan bangunan kepada pengurusan Universiti Putra Malaysia. Dasar B.O.T. ini digunapakai untuk mengurangkan kesan yang dialami negara Malaysia yang pada ketika itu (tahun 2000) baru sahaja dilanda kemelut ekonomi 1998.

Pengelolaan aktiviti Kolej Dua Belas pula berada di bawah tanggungjawab pihak Universiti Putra Malaysia.

Penstrukturan Semula Kolej Dua Belas telah dilaksanakan pada akhir tahun 2006 dimana pembahagian Blok dan Wing bagi Kolej Dua Belas dan Kolej-kolej Jiran iaitu Kolej Empat Belas, Kolej Lima Belas dan Kolej Enam Belas. Pada masa kini, blok-blok yang didiami oleh pelajar Kolej Dua Belas ialah:

  • Blok L1 Wing (A) bagi pelajar lelaki (2 orang sebilik),
  • Blok L7 Wing (A) bagi pelajar lelaki (1 orang sebilik),
  • Blok L4 Wing (A & B) bagi pelajar perempuan (4 orang sebilik),
  • Blok P5 Wing (A) bagi pelajar perempuan (2 orang sebilik), dan
  • Blok P6 Wing (A) bagi pelajar perempuan (1 orang sebilik)
Last Updated on Friday, 04 December 2009 04:03  

Statistik

Content View Hits : 7081

Kolej Serumpun (Satellite View)

Dibawa khas oleh Google Maps ©

View Map